Monday, August 22, 2016

komik kami




 Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama shinici kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada conan edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (kawasan kanto) terutamanya di sekitar Tokyo Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama ran mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam (Organisasi Hitam). Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun , yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
 

The Kampung Boy mengisahkan kehidupan Lat yang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di sebuah kampung di Lembah Kinta pada 1950-an dan awal 1960-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan keluarga di luar bandar, adat resam kekeluargan tradisional, pendidikan awal Lat dan kegiatan-kegiatan luar bersama "Meor bersaudara" yang bersahabat dengan Lat di sekolah agama.


 Pada 12 tahun sebelum siri ini, seekor musang berekor sembilan (Kyūbi no Yōko 0 telah menyerang Kampung Konoha menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di Kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya dan menyalut jasad musang tersebut di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Bayi diberikan nama Uzumaki Naruto. Selepas 12 tahun, Naruto merupakan budak paling nakal di kampung. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi BayangKage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan Cikgu Iruka daripada serangan Mizuki. Naruto tersenarai dalam Pasukan 7 bersama-sama Sakura, Sasuke dan cikgunya Kakashi.

No comments:

Post a Comment

Leave You Comment,jangan segan segan